hmm. where should i start ? (take a deep breath) okay..here it is.
kawanKARIB a.k.a bestFRIEND selalu kita anugerahkan kepada seseorang yang sangat kita rasa kita rapat, selesa, memahami, berkongsi interest, menyayangi antara kita dan dirinya. etc.
pada aku sekarang, sesetengah kawanKARIB sudah tiada nilai asasnya. ramai orang mementingkan diri, memuaskan hati tanpa memikirkan orang disekelilingnya walaupun seseorang yang di anggap kawanKARIB. tapi tidaklah semua. akan aku ceritakan kisah kawanKARIB ku. beberapa orang yang aku berikan kata "YOUR MY BFF", sehingga kini. aku terlalu mengharapkan kesempurnaan pabila aku meletakkan mereka didalam "list" kawanKARIB ? mungkin ya, kerana pendirianku tetap, bila kau ku katakan BFF, ini bermakna akan ku jaga persahabatan kita supaya utuh dan selamanya.
di bangku sekolah, aku mempunyai beberapa teman karib, (start dari yang aku ingat)
arina: kawan aku tu lah yang aku bawa ke kantin, ke makmal sains,ke perpustakaan dan ke mana mana saja di kawasan sekolah, aku kerap dengannya. selesa, dia cantik, baik. bila aku berpindah ke bangi, arina hilang, aku juga. mungkin lost contac ? hari demi hari, tahun demi tahun, akhirnya aku berjaya menghubungi arina melalui "buku biodata kecilku yang terjumpa di dalam kotak usang" glad her home still use that number. beberapa ketika. kami dah jauh, tp persahabatan tetap diteruskan, via fb. via text or call sometimes. thanks rina ;')kau BFF ku.
suhaiza: sue bukanlah kawan sekolahku, i used to stayed near her house. kami berkawan sangat rapat, kehulu kehilir menaiki motonya, keliling kampung. masihku ingat scooter merah "fish blood" itu. kami sangat erat. keluargaku dah menggangap sue seperti kembarku. menghantarnya ke hostel (even agak jauh) tapi itu lansung x di ambil kisah sebab sue, my BFF. hingga mama ku juga dipanggil mama olehnya. close bukan ? sehingga. pada suatu ketika, kami bertegang urat kerana kesalahfahaman mungkin. day by day, month to month, year by year. suatu hari.aku meng'akses' fb. teringat aku pada sue, terus aku menaip "wan suhaiza" FOUND! and there she is, my BFF. sekarang, kami kekal berhubung melalui fb. also text sometimes ;') sue. thanks, ur my BFF.
syura: syu BFF ku ketika form5, disebabkan kelas kami hanya mempunyai 3 girls melayu (selebihnya dipelopori oleh bangsa cina dan india) aku jadi lebih akrab dengan syu, tidak dengan ayu, the other girl tu, mungkin kerana dia agak "bodoh-bodoh cute" haha. bila dengan syu, aku sangat selesa, kami study, lepak belakang sekolah, ponteng kelas math (cikgu tu garang weh), rewang-rewang naek motor, berkongsi cerita tentang bf, etc. orangnya kecil molek, rambutnya selalu menjadi kegemaranku, bermacam fashion serta warna telah di aplikasikan. haha tahniah syu! ^^ sehingga kini, syu masih ada untukku, walaupun we're both dah 22, kami masih lagi gila-gila, suka-suka, keluar-keluar together. aku sayang dia, sayang sangat. semoga kau x hilang ya. syu, ur myBFF. thankyousomuch!
azma: dia ku kenal dari fiq, ex-schoolmate yang agak rapat denganku ketika itu. azma gf fiq, antara kami bertiga, terlalu kompleks untuk di ulas. yang pasti, setelah lama persabahatan itu terjalin, aku dan azma menjadi sangat rapat. kami kerap hangout bersama, menonton movie, makan-makan, jalan-jalan. etc. day by day, bulan demi bulan, tahun demi tahun. everything so smooth. sehingga suatu hari yang kurang indah, azma telah melakukan sesuatu yang sangat aku tidak dapat terima, tanpa pengetahuanku. sungguh kecewa ketika itu. x ku sangka. akhirnya aku memutuskan persahabatan kami, membawa hati yang lara. setelah beberapa ketika, aku melayari fb. berkenalan dengan kristy, (azma latest bff) bila sudah lama ber'wall post, aku dan kristy berjumpa, menonton movie, makan bersama. shes nice. apa yang aku tidak gemar, kristy memberitahu tentang apa yang azma perkatakan, sungguh hina aku di matanya, terlalu banyak keburukan ku. aku diamkan segala. meluap kembali kemarahan lama. padahal, hati kecilku teringin untuk kembali BFF dengannya. sudah lah, hatiku remuk sekelip mata. terima kasih azma, u used to be my BFF.
mazida and shima: mereka kawan rapatku ketika aku di unisel. dari sem1 sehingga hampir tamat pengajian. kami sangat lah bertiga, kemana saja. kisah cinta sudah biasa di kongsi, kisah duka sudah biasa di tuturkan, susah senang kami tetap bersama. ke kelas, makan di cafe, berfoya-foya, merewang. itulah kami, sentiasa erat. kami kerap "mengutuk" other girls, tapi kami tidak sesekali menganyam ketupat tentang salah satu dari kita bertiga. bergaduh itu biasa, bermasam muka juga, akhirnya, tetap kembali bersama. sehinggalah hampir tamat pengajian, aku dan mazida mengalami situasi yang sangat x di duga, kami bermasam muka. lama. tidak dengan shima, dia kerap menjadi orang perantaraan di antara kami. shima juga selalu menjadi along pada kami, memberi pinjaman wang, tetapi bayaran lansung tidak berbunga ^^ thanks shima. selepas segalanya berakhir, pengajian kami sudah tamat, suatu hari. aku menerima sms dari shima mengatakan mazida rindukan aku. sungguh, aku juga! setelah itu, aku ber'sms dengan mazida seperti biasa, tetapi. retaknya masih disitu. aku mengharapkan, suatu hari, kita akan kembali bersama, bertiga. erat selamanya. thankyou girls, kau tetap ada di suatu sudut hatiku. your my BFF!
kemudian, adalah beberapa nama yang agak rapat denganku. hingga kini, dan aku sangat mengaharapkan persahabat yang di bina kekal utuh bersama, selamanya. aku sayangkan kau wahai BFF.
thanks for reading.
No comments:
Post a Comment